/// Segalanya bermula pada bulan December 1991 di pekan Kampong Gajah, Perak. Dua orang anak muda yang amat meminati irama thrash/death metal iaitu Pa’A (drum) dan Po’E (gitar) telah melakukan satu era perubahan kepada peminat muzik setempat di sekitar daerah perak tengah. Pada ketika itu irama rock lebih menjadi pilihan anak-anak muda di kawasan sekitar. Berbekalkan keasyikan muzik thrash/death metal yang menjadi igauan di zaman persekolahan di Ipoh seperti Glottis (Necrotic Chaos) Vulga, Warhead, Brain Dead dan Maze Torment dari Taiping pada ketika itu, Pa’A dan Po’E telah mula `jamming’ di sekitar Telok Bakong. Hanya di situlah terdapatnya studio untuk `practice pada waktu itu. Studio tersebut hanyalah di bawah rumah Aruah Pak Din Cerek yang amat dikenali di Telok Bakong. Seperti biasa cover dari Metallica, Slayer dan Sepultura menjadi pilihan. Disebabkan tiada langsung band-band yang memainkan irama thrash metal di kawasan itu, muzik kami dilihat cukup pelik dan amat memeranjatkan orang-orang kampong. Setiap kali jamming, penuhlah orang-orang kampong untuk melihat keunikan muzik yang kami mainkan. Pada bulan April 1992, Tajul telah mengambil posisi vocal, dan bertambah kecoh dan `havoc’ lah keadaan di sekitar Telok Bakong. Playlist jamming pada waktu itu Raining Blood, South Of Heaven (Slayer), Satanism (demo Brain Dead) Troops Of Doom, Dead Embryonic Cells, Mass Hypnosis (Sepultura), Legion Of The Damned (Sil-Khannaz), Iron Fist (Sodom), Countess Bathory (Venom), The Four Horsemen (Metallica), World Eater (Bolt Thrower), Misty (Cromok), Massacre Of The Unborn (Incubus) dan Fear The Napalm (Terrorizer). Untuk pertama kalinya anak-anak muda setempat mendengar muzik yang pantas diiringi vocal yang ganas tanpa belas kasihan. Setiap kali hadirnya kami, amat gamatlah keadaan disitu. Untuk melengkapkan lagi ahli kumpulan, Nuar telah mengambil posisi bass pada bulan Jun 1992. Pada ketika itu juga, di Kampung Gajah terdapat sebuah dewan (Kg. Bendang Besar) yang mempunyai peralatan kugiran yang lengkap. Oleh itu, dewan tersebut telah menjadi pilihan untuk kami berlatih. Seperti biasa, kehadiran kami di dewan tersebut dipenuhi dengan kehadiran anak-anak muda yang ingin menyaksikan penampilan kami. Hampir setiap kali `jamming’ dewan tersebut penuh sesak dan sampai diluar dewan pun turut penuh.
Pada bulan April 1993, PooGee yang telah berpindah ke Kampung Gajah telah mengambil posisi bass dan Nuar telah beralih ke posisi gitar kedua. Dengan formasi yang lengkap maka kami telah mengambil kesempatan untuk lebih serius dan telah mula untuk bekarya mencipta lagu sendiri. Setelah pihak pengurusan dewan tidak lagi dapat untuk menahan keganasan muzik yang dimainkan, berlaku pertengkaran antara kami dengan pihak pengurusan dewan. Tamatlah sudah untuk kami berlatih di dewan tersebut. Beralihlah pula untuk kami mengganas di daerah hilir perak iaitu Bandar Teluk Intan. Studio Metal Zone, Kompleks Aik-Aik kepunyaan Mat Perancis menjadi sasaran. Nasiblah Mat Perancis mempunyai jiwa Hard Rock dan Heavy Metal seperti Black Sabbath, DIO, AC/DC dan Iron Maiden. Tiada masalah bagi beliau untuk menerima muzik yang kami mainkan. Cuma seperti biasa keadaan studio yang kecil cukup mengganggu konsentrasi Mat Perancis kerana seperti biasa, studio tersebut turut dipenuhi oleh Mat-mat metal dari kawasan yang berhampiran untuk menyaksikan persembahan kami. Cuma bezanya keadaan di sini, memang sedia ada Mat-mat metal yang dahagakan irama thrash/death metal. Boleh dikatakankan di studio Metal Zone lah tempat yang paling banyak waktu dibuang plus wang ringgit (Mat Perancis le yang kenyang) Dan disitu jugalah tempat kami memantapkan lagi lagu-lagu kami yang sedia ada. Pada waktu itu, PooGee telah membawa band untuk ditonjolkan kepada dunia muzik underground Malaysia dengan mula mengutus surat-surat kepada band-band underground yang aktif di Malaysia dan juga fanzine/zine pada waktu itu. Dan kenalan rapat dari sahabat pena pada waktu itu adalah Mohsin (Drummer Profane Creation) dan lahirlah nama dipersada underground INFERNAL VOID yang telah diberikan oleh Mohsin dipetik dari salah satu lagu dari demo Profane Creation (On The Grave We Wept?). Setelah Langsuir merakamkam demo mereka bertajuk `Occultus Mysticism’ yang bagi kami adalah demo yang terbaik di Malaysia pada waktu itu, maka kami turut bersemangat untuk merakamkan hasil karya kami. Maka pada awal tahun 1994 lahirlah demo pertama yang bertajuk `The Rise Of Life’ yang mengandungi empat buah lagu iaitu Mortal Vision, Fabulous Disaster, Temporary Insanity dan Hantu Melayu yang telah dirakamkan di E.S.E Studio, Bangsar. Thrash/Death metal tetap menjadi pilihan kami walaupun pada ketika itu muzik `Logam Hitam’ telah pun menular dengan amat ganas di Malaysia. Sambutan demo pertama cukup memberansangkankan dengan jualan melebihi 500 keping kaset secara pos. Terima kasih kepada underground fanzine seperti Putrefying Remains, Obscured People, Spasm, Vortex from the East, Earslaughter dan sebagainya yang telah mempromosi kumpulan kami di persada muzik `underground’ tanahair dan luar negara. Kami mula aktif membuat persembahan `gig’ (sekitar 1994-1999) di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar, Rockworld (Penang), Zoom (Perai), Fire Club, K.L. bersama band-band seperti, Demisor, Itnos, Bazzah, Athotorg, Tandus, Hayagriva, Necrotic Chaos, Undead, Butterfinger, Senseless, Sputum serta banyak lagi band-band underground tempatan yang lain. Pada Tahun 1997 kami telah merakamkan Live Demo bertajuk `Scrowtum Of Death’ yang mengandungi 3 buah lagu berjudul No More, War and Destruction dan A.I.D.S (Angkara Iblis Dan Syaithan). Live Demo tersebut telah dirakamkan di Studio Medan Kidd, Ipoh. Pada Tahun 1999 kami telah berkunjung ke Revival Studio, Ipoh untuk merakamkan Demo ketiga yang bertajuk `Screaming for Vengeance’. Demo ini mengandungi 4 buah lagu yang berjudul Screaming for Vengeance, Biha Sakkah, Queen of Infernal Beast dan Rockin Ov. Metal. Di dalam demo ini juga kami telah menggunakan khidmat drummer dari band Nakaratul Khaum (Batu Gajah) iaitu Alan dan Alon sebagai pemain gitar kedua dari band Mortal Coil (Batu Gajah).
IV 99 (L-R) : Tajul, PooGee, Po'E dan Alan
Disaat kami telah mengatur rancangan untuk merakamkan LP sulung kami pada sekitar tahun 2000, kami telah kehilangan pemain gitar kedua kami iaitu Nuar yang telah pergi ke Rahmatullah (Al-Fatihah) Maka dari tahun 2000 sehingga 2008, INFERNAL VOID telah berkubur tetapi tanpa Batu Nesan. Semua anggota kumpulan membuat haluan masing-masing dan mempunyai komitmen yang berbeza. Tetapi bara jiwa metal yang kental masih tidak kehilangan. Kami tetap mengunjungi gig-gig tempatan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri metal berat tanahair.Pada Januari 2009 setelah bersepakat antara ahli kumpulan, maka kami dengan anggota line-up yang asal serta drummer sessionist Alan telah mula berlatih untuk merakamkan album sulung mengandungi 10 buah lagu totally thrash/death metal. Tarikh rakaman masih dalam perbincangan tetapi rilisannya adalah pada pertengahan 2009. Untuk Industri metal tanahair, nantilah kemunculan kami setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran. Infernal Void adalah JURANG KEHAMPAAN…///
Line-Up 2009
Tajul Ariffinuss – Screaming and Growling (Libang Libu)
Pa’A Infernal Fist – Drum
Po’E Tha’ Master – Guitar
PooGee Infernal Hammer – Bass
Discografi
1994 – The Rise Of Life (Demo)
1997 – Scrowtum Of Death (Live Demo)
1999 – Screaming For Vengeance (Demo)
Urusan Surat Menyurat:-
Tajul Ariffinuss
No. 8, Bangunan PKNP,
36800 Kampong Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
mailto:kpoogee@gmail.com
hello Infernal Void!!!
ReplyDeleteYG MAIN BASS TU KEPALA MCM MASYUK JE.
ReplyDeletex masyuk x ganas le,baru feel........
ReplyDeleteudah2 le tu yop...nyerongeng teman kenang masa lampau. kenangan silam. congrats anyway...
ReplyDeleteHail Infernal Void !! Tunggu new album hangpa
ReplyDelete-sepol NPR
oi! ape kate nanti jem bwk lagu hallowed be thy name....version cradle of filth x berape best..
ReplyDeletecome back yg dinanti2kan.... jgn hangat2 taik kambing udah ler..
ReplyDeleteteringat zaman sekolah dulu.time kemaruk nak tunjuk xcesory metal masing22.
ReplyDeletedah 5/6 tahun dah dengar nak masuk studio...
ReplyDeleteinfernal hammer...upload la lagu2 IV lama...kasik link kat sini.
metal zone kompleks aik2 1994-1999...in memories.... - jimmyricon
ReplyDeleteplease sapa2 yg read this blog contact gua....azmir putrefying remains zine...hail iv.email ibaznor@gmail.com.
ReplyDeletetak lama nanti kome jam tempat awok lee...hehehe...nak siap dah......kg gajah jugak...
ReplyDeletegigs kuala kangsar 1997...aku jemput infernal void main kat dewan india...mungkin tajul masih ingat- jai
ReplyDeletesteady la org kg!!aunin dulu bru lyn!!haha..
ReplyDeleteaje ngan kenyang...pa'a je yg mentain..yg lain udah ghoper kontraktor klas f...hahahaha... udah2 ler logam itam nyer...ate cey bg mcm ala2 lamb of god gitu...cayor taik telinga kome oi...aje ngan kenyang...
ReplyDeletealbum tkde lg malas nk komen....
ReplyDeleteThanks and that i have a super offer: How Much Full House Renovation Cost home addition cost
ReplyDelete