Sunday, March 22, 2009

Merchandise

(Click image to enlarge)
INFERNAL VOID T-Shirt
Design By : Atanz Merchandise
RM25 (West Malaysia)
RM 28 (East Malaysia)
Harga termasuk kos penghantaran.
NO RIP-OFF!!!


Friday, March 20, 2009

Mengimbau Memori Silam Part 4

Gig di Zoom, Seberang Perai 1998

Bagi aku dan semua band members Infernal Void, aku rasa gig ni yang paling diingati sebab kami berkongsi pentas dengan Serawakian Godz SENSELESS. Lepaih tu pulak, band boy dema cukup cool. Peramah. Sempoi betul le berbanding sesetengah Otai undergrounders. Kome tu mungkin beranak awal sikit je dari kume. Kalau idak kata kamu, kami la Legend...Hahahahaha Melawak je...

Banging sampai puas. Audience pun sudah semestinya cool. Biasa la Penang...

Tajul dengan persembahan yang penuh bertenaga amat memukau audience.

Pa'A yang selalu nengok kat Po'E takut terlepaih beat.

Time ni kata kamu, dah tak ingat ape dah. Nak banging je.

Po'E sedang tunjuk skill yang baru belajor dari Lan Kasawari.

Disebabkan audience terlalu best, kami seolah dirasuk dan terus menyampaikan sebuah lagu dari Rotting Christ untuk dihadiahkan kepada peminat logam hitam di Perai.

Last sekali macam biasa, sesi bergambor. Gambor kenangan dengan Serawakian Godz, SENSELESS. You guys fucking cool.

Mengimbau Memori Silam Part 3

Tribute to Sepultura 1998 di Fire Club, KL

Gig ni aku pun tak berapa nak ingat. Aku cuma ingat berkongsi pentas dengan Sputum dan Cryptic Malediction. Time ni aku duduk di KL dan pakai Vespa Black. Power siut. Aku sampai di gig naik vespa, tak dan nak tukor kasut sebab baru balik dari class di UTM, KL.

Ni je gambor yang elok. Yang lain kurang baguih sebab, cameraman tak professional. Buat penat je Tajul bagi pinjam camera dia yang canggih tu.

Sahabat yang cukup rapat pada masa tu. Arlong, Zoy dan Shah sedang beraksi dari band Cryptic Malediction. Aku gelor dema bebudak UIA, Gombak. Tempat aku suka melepak dulu. Boleh kata tiap2 minggu aku lepak kat kolej dema naik Vespa Black aku.

Mengimbau Memori Silam Part 2

Gambor Gig di Rockworld, Penang pada tahun 1997

Bagi aku semasa main gig di Rockworld adalah tempat yang sungguh mengasyikan sebab supporters yang begitu sporting dan friendly. Aku cukup respect dan tabik spring dengan scene underground di sebelah Utara Semenanjung terutama di Penang dan Kedah. Kepada Ajak Krenmaut dari Ultra Hingax Prod. dan Aki (Key Pessakh) terima kasih bebanyak di atas jemputan jemputan.

Po'E dan Tajul tengah beraksi dihadapan audience yang cool..

Tajul macam biasa, tang showmanship bagi ke dia je le.

Best tui kalau dapat banging time ni. Riot Violence..

Macam biasa. Bergambor tetap ada. Sebab Tajul cuuukup banyak kamera.

Pa'A kesejukan. Po'E macam biasa muka cenango belum ilang.

Dalam banyak2, gambor ni paling sempoi.

Mengimbau Memori Silam Part 1

Sekitar pembikinan Demo `The Rise Of Life' 1994 di E.S.E Studio, Bangsar, KL.
Aku pun dah tak berapa nak ingat. Cuma dari gambar sajelah yang dapat untuk mengingati kembali pada masa tu. Di sini ada sedikit memori untuk dikongsi bersama kome semua.

Macam biasa, sampai je, tangkap gambor dulu.

Semasa bergelor Chaostic T.ajul Rex.

Pa'A jenuh mikiorkan arahan Tajul yang banyak pakai isyarat bunyi mulut.

Aruah Nuar dalam kenangan (Al-Fatihah)

Aku jenuh mengingat kan mana last aku basuh dan simpan baju Sil-Khannaz tu.

Po'E dengan muka cenango zaman Logam Hitam.

Tajul nunjuk handal pada Man (Laksamana) semasa proses mixing.

Thursday, March 19, 2009

Sekitar Jamming Pada 7 - 8/3/09 TKR Studio, Sri Iskandar.

Tajul macam biasa dengan ucapan ala2 Yob Nizar nyuruh kume cepat sikit cari sound. Dah tak sabor nak memekik ni.

Pa'A dengan gaya Lambardo nye..

PooGee dengan Frank Bello Anthrax Signature Bass. Layan cari sound. Apah pun tak hay. Pa'A juge datang nolong. Ape nak buat kan telinga gegendang berlubang. Tu yang payah sikit.

Ape ke hal pulak tangan kamu tu Po'E. Yang lain udah elok. Tajul baru nak belajor main tamborine.

Dah takde kroje, macam biasa Tajul ngajak bergambor. Ape nak buatkan itu yang dia gemor. Style ni semua ngikut Pa'A cuma Po'E layan syok sendiri.

Po'E dengan Ibanez Jam Steve Vai Series penuh gaya layan Tremolo.

Nak juga bergambor. nah ambik kome. Tajul macam biasa control.

Bertenang. Lepas Habis Jamming. Tajul empone dapat isap rokok.

Line-Up 2009

Click to enlarge (1441 x 964)

Wednesday, March 18, 2009

Biografi Dan Sejarah


Gambar atas dan bawah (L-R) : Aruah Nuar, Pa'A, Po'E, Tajul dan PooGee
/// Segalanya bermula pada bulan December 1991 di pekan Kampong Gajah, Perak. Dua orang anak muda yang amat meminati irama thrash/death metal iaitu Pa’A (drum) dan Po’E (gitar) telah melakukan satu era perubahan kepada peminat muzik setempat di sekitar daerah perak tengah. Pada ketika itu irama rock lebih menjadi pilihan anak-anak muda di kawasan sekitar. Berbekalkan keasyikan muzik thrash/death metal yang menjadi igauan di zaman persekolahan di Ipoh seperti Glottis (Necrotic Chaos) Vulga, Warhead, Brain Dead dan Maze Torment dari Taiping pada ketika itu, Pa’A dan Po’E telah mula `jamming’ di sekitar Telok Bakong. Hanya di situlah terdapatnya studio untuk `practice pada waktu itu. Studio tersebut hanyalah di bawah rumah Aruah Pak Din Cerek yang amat dikenali di Telok Bakong. Seperti biasa cover dari Metallica, Slayer dan Sepultura menjadi pilihan. Disebabkan tiada langsung band-band yang memainkan irama thrash metal di kawasan itu, muzik kami dilihat cukup pelik dan amat memeranjatkan orang-orang kampong. Setiap kali jamming, penuhlah orang-orang kampong untuk melihat keunikan muzik yang kami mainkan. Pada bulan April 1992, Tajul telah mengambil posisi vocal, dan bertambah kecoh dan `havoc’ lah keadaan di sekitar Telok Bakong. Playlist jamming pada waktu itu Raining Blood, South Of Heaven (Slayer), Satanism (demo Brain Dead) Troops Of Doom, Dead Embryonic Cells, Mass Hypnosis (Sepultura), Legion Of The Damned (Sil-Khannaz), Iron Fist (Sodom), Countess Bathory (Venom), The Four Horsemen (Metallica), World Eater (Bolt Thrower), Misty (Cromok), Massacre Of The Unborn (Incubus) dan Fear The Napalm (Terrorizer). Untuk pertama kalinya anak-anak muda setempat mendengar muzik yang pantas diiringi vocal yang ganas tanpa belas kasihan. Setiap kali hadirnya kami, amat gamatlah keadaan disitu. Untuk melengkapkan lagi ahli kumpulan, Nuar telah mengambil posisi bass pada bulan Jun 1992. Pada ketika itu juga, di Kampung Gajah terdapat sebuah dewan (Kg. Bendang Besar) yang mempunyai peralatan kugiran yang lengkap. Oleh itu, dewan tersebut telah menjadi pilihan untuk kami berlatih. Seperti biasa, kehadiran kami di dewan tersebut dipenuhi dengan kehadiran anak-anak muda yang ingin menyaksikan penampilan kami. Hampir setiap kali `jamming’ dewan tersebut penuh sesak dan sampai diluar dewan pun turut penuh.
IV 93 (L-R) : Tajul, Aruah Nuar, PooGee, Po'E dan Pa'A
Pada bulan April 1993, PooGee yang telah berpindah ke Kampung Gajah telah mengambil posisi bass dan Nuar telah beralih ke posisi gitar kedua. Dengan formasi yang lengkap maka kami telah mengambil kesempatan untuk lebih serius dan telah mula untuk bekarya mencipta lagu sendiri. Setelah pihak pengurusan dewan tidak lagi dapat untuk menahan keganasan muzik yang dimainkan, berlaku pertengkaran antara kami dengan pihak pengurusan dewan. Tamatlah sudah untuk kami berlatih di dewan tersebut. Beralihlah pula untuk kami mengganas di daerah hilir perak iaitu Bandar Teluk Intan. Studio Metal Zone, Kompleks Aik-Aik kepunyaan Mat Perancis menjadi sasaran. Nasiblah Mat Perancis mempunyai jiwa Hard Rock dan Heavy Metal seperti Black Sabbath, DIO, AC/DC dan Iron Maiden. Tiada masalah bagi beliau untuk menerima muzik yang kami mainkan. Cuma seperti biasa keadaan studio yang kecil cukup mengganggu konsentrasi Mat Perancis kerana seperti biasa, studio tersebut turut dipenuhi oleh Mat-mat metal dari kawasan yang berhampiran untuk menyaksikan persembahan kami. Cuma bezanya keadaan di sini, memang sedia ada Mat-mat metal yang dahagakan irama thrash/death metal. Boleh dikatakankan di studio Metal Zone lah tempat yang paling banyak waktu dibuang plus wang ringgit (Mat Perancis le yang kenyang) Dan disitu jugalah tempat kami memantapkan lagi lagu-lagu kami yang sedia ada. Pada waktu itu, PooGee telah membawa band untuk ditonjolkan kepada dunia muzik underground Malaysia dengan mula mengutus surat-surat kepada band-band underground yang aktif di Malaysia dan juga fanzine/zine pada waktu itu. Dan kenalan rapat dari sahabat pena pada waktu itu adalah Mohsin (Drummer Profane Creation) dan lahirlah nama dipersada underground INFERNAL VOID yang telah diberikan oleh Mohsin dipetik dari salah satu lagu dari demo Profane Creation (On The Grave We Wept?). Setelah Langsuir merakamkam demo mereka bertajuk `Occultus Mysticism’ yang bagi kami adalah demo yang terbaik di Malaysia pada waktu itu, maka kami turut bersemangat untuk merakamkan hasil karya kami. Maka pada awal tahun 1994 lahirlah demo pertama yang bertajuk `The Rise Of Life’ yang mengandungi empat buah lagu iaitu Mortal Vision, Fabulous Disaster, Temporary Insanity dan Hantu Melayu yang telah dirakamkan di E.S.E Studio, Bangsar. Thrash/Death metal tetap menjadi pilihan kami walaupun pada ketika itu muzik `Logam Hitam’ telah pun menular dengan amat ganas di Malaysia. Sambutan demo pertama cukup memberansangkankan dengan jualan melebihi 500 keping kaset secara pos. Terima kasih kepada underground fanzine seperti Putrefying Remains, Obscured People, Spasm, Vortex from the East, Earslaughter dan sebagainya yang telah mempromosi kumpulan kami di persada muzik `underground’ tanahair dan luar negara. Kami mula aktif membuat persembahan `gig’ (sekitar 1994-1999) di sekitar Ipoh, Kuala Kangsar, Rockworld (Penang), Zoom (Perai), Fire Club, K.L. bersama band-band seperti, Demisor, Itnos, Bazzah, Athotorg, Tandus, Hayagriva, Necrotic Chaos, Undead, Butterfinger, Senseless, Sputum serta banyak lagi band-band underground tempatan yang lain. Pada Tahun 1997 kami telah merakamkan Live Demo bertajuk `Scrowtum Of Death’ yang mengandungi 3 buah lagu berjudul No More, War and Destruction dan A.I.D.S (Angkara Iblis Dan Syaithan). Live Demo tersebut telah dirakamkan di Studio Medan Kidd, Ipoh. Pada Tahun 1999 kami telah berkunjung ke Revival Studio, Ipoh untuk merakamkan Demo ketiga yang bertajuk `Screaming for Vengeance’. Demo ini mengandungi 4 buah lagu yang berjudul Screaming for Vengeance, Biha Sakkah, Queen of Infernal Beast dan Rockin Ov. Metal. Di dalam demo ini juga kami telah menggunakan khidmat drummer dari band Nakaratul Khaum (Batu Gajah) iaitu Alan dan Alon sebagai pemain gitar kedua dari band Mortal Coil (Batu Gajah).
IV 99 (L-R) : Tajul, PooGee, Po'E dan Alan
IV 99 (L-R) : PooGee, Tajul, Po'E dan Alan
Disaat kami telah mengatur rancangan untuk merakamkan LP sulung kami pada sekitar tahun 2000, kami telah kehilangan pemain gitar kedua kami iaitu Nuar yang telah pergi ke Rahmatullah (Al-Fatihah) Maka dari tahun 2000 sehingga 2008, INFERNAL VOID telah berkubur tetapi tanpa Batu Nesan. Semua anggota kumpulan membuat haluan masing-masing dan mempunyai komitmen yang berbeza. Tetapi bara jiwa metal yang kental masih tidak kehilangan. Kami tetap mengunjungi gig-gig tempatan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri metal berat tanahair.Pada Januari 2009 setelah bersepakat antara ahli kumpulan, maka kami dengan anggota line-up yang asal serta drummer sessionist Alan telah mula berlatih untuk merakamkan album sulung mengandungi 10 buah lagu totally thrash/death metal. Tarikh rakaman masih dalam perbincangan tetapi rilisannya adalah pada pertengahan 2009. Untuk Industri metal tanahair, nantilah kemunculan kami setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran. Infernal Void adalah JURANG KEHAMPAAN…///

Line-Up 2009

Tajul Ariffinuss – Screaming and Growling (Libang Libu)
Pa’A Infernal Fist – Drum
Po’E Tha’ Master – Guitar
PooGee Infernal Hammer – Bass

Discografi

1994 – The Rise Of Life (Demo)
1997 – Scrowtum Of Death (Live Demo)
1999 – Screaming For Vengeance (Demo)

Urusan Surat Menyurat:-

Tajul Ariffinuss
No. 8, Bangunan PKNP,
36800 Kampong Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

mailto:kpoogee@gmail.com